Saturday, March 2, 2013

Cara mudah dan murah untuk upgrade firmware Radio 9x anda tanpa perlu USB AVR Programmer seperti AVR Pocket Programmer, USBasp, Polulu atau sebagainya.Hmm... Nasib kurang baik kepada sesiapa yang ada Laptop sahaja. Trick ini boleh dilakukan dengan menggunakan PC sahaja dengan mengunakan Parallel Port yang ada pada belakang PC.

Beberapa komponen yang anda perlu adalah (Jika anda menetap di area KL, anda boleh cari semua ini di kedai-kedai electronik di JALAN PASAR):

1 - Connentor DB25 (male)

Contoh Connector DB25:http://www.cytron.com.my/viewProduct.php?pcode=CN-DS-25M&name=DB25%20Male

2 - Connector 5 pin yang sesuai (male dan female)
*Bergantung pada kehendak anda, mudah dicari ataupun yang sudah sedia ada.
cadangan - menggunakan Pin Header (male dan female) seperti dibawah (boleh dicari di JALAN PASAR):

contoh Pin Header Male:http://www.cytron.com.my/viewProduct.php?pcode=CN-PH-M140SL&name=Long%20Straight%20Pin%20Header%201x40%20Way%2017mm
contoh Female:http://www.cytron.com.my/viewProduct.php?pcode=CN-PH-F140S&name=Straight%20Female%20Header%201x40%20Ways

anda boleh potong Pin Header diatas kepada 5 pin, dan kemudian Solder wire pada kaki pin seperti dibawah

Saya tidak menggunakan Pin Header seperti diatas. Pin Header diatas akan digunakan untuk tujuan lain, gambar diatas adalah contoh sahaja.

Saya menggunakan connector seperti dibawah, connector ini juga digunakan pada Lipo Cell Balancer / Balance Charger. Anda boleh lihat connector (male) ini pada Lipo Balancer/Charger. Connector female pada bateri Lipo
*Note: gambar diatas adalah "male" sahaja. Gambar "female" akan ditunjukan dibawah.
*Note: anda juga mungkin boleh menggunakan connector-connector lain, saya cuma menggunakan komponen yang sudah ada didalam rak (6 pin)

3-Rainbow cable


Jika semua komponen  sudah ada, boleh lah anda membuat sambungan Radio 9x anda ke PC
dibawah adalah gambar-gambar sambungan Radio 9x ke PC:





*Note: saya menggunakan wire yang berlainan warna dari warna wire yang digunakan didalam "Flashing the 9x.PDF"
*Warna Wire Tidak Penting, Yang penting sambungan point-point dari ATMega64 ke PC adalah betul.. !!!

Rujukan untuk Membuat sambungan Radio 9x ke PC:
dengan menggunakan rujukan sambungan seperti didalam PDF:http://code.google.com/p/er9x/downloads/detail?name=Flashing%20the%209x.pdf&can=2&q= 

*didalam PDF Flashing the 9x. anda tidak perlukan Point sambungan wire Red. wire Red boleh Diabaikan
Point wire Black perlu disambung kepada pin no.25 pada connector DB25
Point wire Brown - pin no.7 pada connector DB25
Point wire White - pin no.10 pada connector DB25
Point wire Purple - pin no.6 pada connector DB25
Point wire Green - pin no.9 pada connector DB25

*Terdapat Nombor Pin pada Connector DB25, anda perlu perhatikan betul-betul, Nombornya sukar untuk dilihat

Jika telah siap sambungan dari Radio 9x ke PC, anda perlukan Software untuk memprogam / Flashing ATmega64:
Antara Software yang bole Dipakai:
1) PonyProg2000 - http://www.lancos.com/ppwin95.html
2) ISP Programmer - http://sourceforge.net/projects/ispprogrammer/



Flashing untuk kali pertama:

1) Menggunakan PonyProg2000

anda dinasihati untuk calibrate terlebih dahulu

Kemudian Interface Setup, pilih Parallel, pilih Avr ISP I/0 dan LPT1, kemudian ok.

Pilih  AVR micro dan ATmega64:
Click File - Open Program (FLASH) File....
Open "er9x.hex". Tukar File type kepada *.hex



******** Switch On Radio 9x anda

*Note: Untuk kali pertama Upgrade ke firmware er9x dan sememangnya anda mahu tukar terus ke Firmware er9x, anda bolehlah lakukan langkah seterusnya untuk Flashing.

*cuma beri pandangan - tidak perlu untuk backup firmware lama, sebab file firmware lama bole di download...........
*untuk Kali pertama Flashing ke er9x, Tidak perlu untuk "Write Data Memory (EEPROM)". EEPROM digunakan untuk simpan Setting-setting yang anda telah buat. EEPROM akan digunakan untuk reflashing firmware er9x versi yang lain atau yang baru.... Bagi kali pertama, jangan risau pasal ini.....

kemudian click pada icon "Write Program Memory (FLASH)" atau click pada command - Write Program (FLASH)
Setelah selesai, anda bolehlah unplug connector pada Radio dan enjoy........!!!!!!!!!!

untuk kali pertama, Radio akan memaparkan "Bad EEPROM data"..... kerana memory eeprom kosong, setalah itu Firmware akan format sendiri data EEPROM....


2) Menggunakan ISP Programmer

Click Setup dan kemudian tukar ISP cable pinout kepada: STK200/300 Evaluation board dan ok

Kemudian Pilih AVR

Pilih Hz

* Cadangan sahaja, Pilih antara 4 000 000 kebawah, saya memilih 2 000 000. Jangn Pilih Lebih dari 16 000 000. ATmega64 cuma support maximum 16 000 000. Pilih Kurang dari 4 000 000 adalah tujuan keselamatan ketika Flashing. Anda bole cuba sendiri Nilai Hz yang tinggi. Jika adalah Masalah menggunakan Hz yang tinggi, kurangkan nilai Hz dan cuba semula....!!!!!
Lagi tinggi nilai Hz yang anda pilih, lebih cepat masa untuk Flashing...

********Switch ON Radio 9x anda......!!!!

Click pada "Read signature" Jika Device signature memaparkan ATmega64, maka anda bolehlah Flashing Radio anda
Click pada icon Folder sebaris dengan "File for programming Flash", open file er9x.hex
*Seperti yang diterangkan pada Flashing menggunakan PonyProg2000, EEprom boleh diabaikan untuk kali pertama Flashing ke Firmware er9x

click pada button "Erase & Program All"
atau 
click pada button "Erase" dan kemudian "Pgm Flash" 
 

 Unplug Connector Radio 9x anda dari PC dan enjoy......!!!!!!


 Saya akan Update Blog ini untuk penerangan Backup dan memprogram semula Firmware dan EEPROM.......